Idea Hiasan Ruang Tamu Memanjang

Ia amat sukar untuk menghiaskan ruang tamu yang mempunyai ukuran yang lebih memanjang dan kelihatan sempit.

Anda mungkin telah meluangkan masa yang lama untuk menyusun semula perabot untuk menjadikan ruang anda kelihatan lebih luas, tetapi hanya ada sedikit yang boleh anda lakukan.

Jangan risau lagi, berikut adalah 9 idea hiasan yang berkesan dan mudah untuk ruang tamu anda yang memanjang dan kecil.

Gunakan Perabot Untuk Simpanan

Elakkan meletakkan terlalu banyak perabot dan objek di ruang tamu anda. Ruang tamu anda akan kelihatan lebih luas jika anda menyingkirkan perabot atau objek yang tidak diperlukan.

Anda juga boleh gunakan ruang penyimpanan seperti rak dan kabinet untuk meletakkan objek seperti buku, mainan dan perhiasan kecil. Ruang tamu anda akan menjadi lebih kemas dan teratur.

Manfaatkan Cermin

Cermin boleh memantulkan cahaya matahari atau lampu anda untuk menjadikan ruang anda lebih terang pada waktu siang dan juga malam.

Anda boleh gantungkan cermin besar pada dinding bertentangan dengan tingkap untuk mencerminkan keadaan luar, atau menggunakan meja yang mempunyai permukaan kaca.

Ini boleh menjadikan ruang tamu yang panjang kelihatan lebih besar dan luas.

Gunakan Perabot Yang Betul

Ia penting untuk gunakan perabot yang sesuai dengan saiz ruang anda untuk mengelakkan perabot besar dari menghalang laluan tempat jalan.

Perabot dan hiasan yang terlalu besar juga akan membuat ruang anda kelihatan kecil dan sempit.

Pilihlah tempat duduk yang sesuai untuk ruang yang kecil dan panjang, seperti sofa berbentuk ‘L’ untuk memanfaatkan ruang anda.

Pilih Warna Cat Yang Sesuai

Anda boleh gunakan warna cat yang lebih gelap untuk dua dinding hujung. Ini akan membuat ruang anda kelihatan lebih besar dan luas secara visual.

Degan itu, warna dinding yang bertentangan boleh memanjangkan jarak atau memendekkan jarak bilik anda secara visual.

Warna yang gelap boleh memendekkan jarak ruang yang berukuran panjang, sebaliknya, warna yang terang boleh memanjangkan jarak ruang yang kecil dan berukuran pendek.

Gunakan Karpet

Karpet atau permaidani besar boleh menunjukkan perbezaan antara kawasan yang berlainan secara visual.

Contohnya, anda boleh meletakkan dua karpet untuk ruang tempat duduk dan juga ruang makan secara masing-masing.

Ini membolehkan anda untuk memanfaatkan ruang anda dan menjadikan ruang tamu anda kelihatan lebih kemas dan selesa.

Gunakan Lampu Yang Sesuai

Pastikan anda menggunakan lampu yang sesuai untuk menerangkan sudut gelap dalam ruang tamu anda dengan baik.

Lampu yang diletakkan lebih berdekatan dengan siling akan membuat ruang anda kelihatan lebih tinggi.

Jika anda mempunyai almari buku atau rak, anda boleh pasangkan lampu di bahagian atas untuk mencerahkan sudut tersebut.

Tambahkan Tempat Duduk

Jika anda suka menerima tetamu, anda pasti perlukan tempat duduk yang lebih tanpa mengambil ruang yang banyak.

Anda boleh menyediakan tempat duduk kecil atau kerusi bangku jika ruang sofa anda terhad. Tempat duduk kecil ini boleh juga diletakkan di bawah meja tinggi.

Selain itu, anda juga boleh mengadakan kerusi lipat yang boleh diletakkan dalam kabinet atau di mana-mana ruang simpanan.

Gunakan Tekstur

Elemen seperti tumbuh-tumbuhan dengan tekstil seperti langsir dan bantal kecil di atas sofa boleh menambahkan tekstur kepada ruang anda.

Ini boleh elakkan ruang ada dari kelihatan kosong dan membuat ruang anda kelihatan selesa.

Gunakan Perabot Bulat

Penggunaan perabot bulat boleh elakkan terlalu banyak garisan mendatar lurus secara visual dalam ruang anda.

Anda boleh gunakan perabot seperti meja bulat, karpet bulat dan cermin bulat.

Meja yang bulat juga membolehkan lebih banyak ruang untuk orang bergerak dengan mudah.

Ini paling sesuai untuk ruang tamu anda yang memanjang dan kecil.

Leave a Comment